Sing A Song

Wednesday, May 16, 2012

Kreatif..

"Waa! Waaaa!"

'Aduh! Subuh-subuh lagi sudah kedengaran nada murni dari jentera ini. Bingitnya tak usah cerita.'

"Muhammad diam laa.. Sakit kepala kak nadia,"

"Waaa! Muhammad nak berus gigi warna pink!"

"Mana ada berus gigi warna pink. Hah, Muhammad nak yang inikah? Ini biru, lawa juga. Tapi bulu dia sudah buruk,"

"Hijau ini pun lawa juga. Tapi tak tahu ini siapa punya."

"Tak nak! Nak yang warna pink!"

Oh beruntunglah ibu ini sabar orangnya. Lepas satu.. satu karenah adik bongsu yang seorang ini dilayan.

'Isy, bagaimana nak buat supaya dia diam?'

Ke hulu ke hilir membuntuti ibu, sambil menangis. Dipujuk itu tak mau, dipujuk ini juga tak mau.

Termenung saya di meja makan dapur, sambil menahan rasa serabut.
Saya lihat ibu keluar dari bilik. Di tangannya ada buku tulis dan seikat pensil warna.

'Begitulah kalau beli pensel warna. Macam gula-gula. Hmm..'

Ibu berlalu ke ruang tamu. Melabuhkan punggung di kerusi tamu. Irama merdu itu masih lagi beralun.
Saya bangun dari kerusi di meja makan, menuruti ibu.

'Hmm,, kasihan ibu. Tak berapa sihat tu. Sudah beberapa hari ibu cirit-birit.'

Saya lihat ibu menyandar di kerusi sambil memejamkan mata.

Tiba-tiba idea datang menjengah. Lantas saya ambil buku dan pensil warna dari tangan ibu.
Mula melakar ...

"Ini muka Muhammad. Muhammad tengah nangis."

"Tengok ni ada air mata Muhammad. Banyak sangat sampai dah banjir."

"Lepas tu, yang ni badan Muhammad. Ini kaki."

"Apa lagi ya? Hah! Yang ini tangan Muhammad tengah pegang berus gigi warna pink. Tengok kat berus gigi ni ada lagi ubat gigi, sebab Muhammad belum gosok gigi, haha."

"Tengok ni gigi Muhammad buruk. Ada warna oren, hitam sikit. Kalau dah gosok nanti putih la."

Saya melihat reaksi adik. Cuba memancing minatnya. Tangisannya telah berhenti, namun belum ada respon. Saya meneruskan..

"Yang ini ibu. Ibu pakai telekung. Ini kain ibu warna putih tapi bunga-bunga warna hijau.

"Hah! Ini tangan ibu kat kepala Muhammad. Ibu tengah pujuk Muhammad."

"Ibu cakap, "Muhammad jangan nangis. Muhammad kan budak baik"."

"Hmm,, apa lagi?"

Saya kembali bertanyakan responnya.

"Yang ini burung. Muhammad nak burung warna apa?"

" Muhammad nak burung warna...hah! warna ungu."

"Oh. Ni burung warna ungu. Badan dia warna merah la pulak. Ha, dah siap pun. Apa lagi?"

"Nak burung warna hijau pulak."

"Okey.." sambil melukis.

"Dah siap! Ni burung baik. Dia tengah pujuk Muhammad."

"Kenapa kaki burung tu kat badan?"

"Oh ni sebab dia tengah terbang, nampak la macam kat badan, sebab dia angkat kaki. Burung merah ni tak terbang. Dia pijak lantai je. Haha!"

Dia turut sama ketawa.

"Ah! Muhammad! Jangan buka mulut! Busuk! Muhammad tak gosok gigi lagi!" sergahku.

Dia senyum sumbing dengan muka malu.

"Sekarang Muhammad pergi gosok gigi dulu, lepas tu sembahyang subuh. Lepas tu baru b0leh sambung warna lagi."

Pagi itu saya lihat moodnya ceria macam selalu. =)

 

Taraaaa !!! Ini lah lukisan saya yang tak seberapa. Maklumlah orang tangan keras, macam ni je la yang mampu saya buat. Hehe tapi okey kut, untuk budak 4 tahun macam adik saya tu, kira ni lukisan paling lawa la ni. ngee~~~ XD

Eh cop! Apa sebenarnya tujuan saya melakar kisah ni??

Beginilah yang dapat saya simpulkan. Sebagai seorang kakak, saya perlu kreatif dalam memujuk adik yang masih kecil ni supaya diam. Kalau disuruh diam sahaja tanpa lakukan apa-apa, memang sampai ke sudah tak akan diam. Akhir sekali, mungkin dia akan tertidur lagi sambil membawa tangisan yang masih bersisa, dan bangun semula nanti dengan mood yang masih kurang baik.

Macam tu juga dalam berdakwah. Kita sebagai dai'e, nak tarik manusia dekat dengan Allah, bukan main tibai je cakap.

"Hah! amek kau aku bagi segala macam kitab dengan hadis sahih. Aku dah bentang dengan segala kesempurnaan dalam penyampaian aku, siap dengan dalil quran. Aku nak kau ikut semua yang aku sampaikan ni. Kalau tak, kafir la kau."

Hehe macam tu la perumpamaannya kalau saya suruh adik saya diam, tanpa buat apa-apa.

Akhirnya nanti, mad'u tu tak akan ikut cakap kita, dan akan terus menjauh dari kita, sambil membawa sisa-sisa jahiliahnya terus membiak lagi. Nauzubillah..

Hmm.. itu la pendapat saya. Lain orang, lain pemikiran. Kalau ada yang tersalah dalam kata-kata dan penyampaian ini, insyaAllah HAMBAI INI berlapang dada menerima segala teguran.

tapi AWAS!!!!

hehe.. hendak menegur biarlah berhikmah. Meneladani akhlak Rasulullah saw.

Sekian sahaja. Wassalam =)

Awak! Kembalilah dalam hati saya...

Awak!
Saya ingin awak tahu,
Bahawa saya sangat rindukan awak..

Awak!
Kenapa makin hari saya rasa awak makin menjauh dari saya?
Saya terasa sangat kehilangan awak,
Hari-hari yang saya lalui tanpa awak,
Terasa kosong.. 

K0S0NG!

Awak!
Sepeninggalan awak,
Terasa hidup ini tidak bermakna lagi,
Kerna awaklah penguat saya,
Bila awak pergi tinggalkan saya,

Dunia saya gelap...

 Saya tidak tahu harus ke mana mencari awak,



 Saya tanya ramai orang,


 Mungkin mereka tahu di mana awak berada,

Dalam banyak-banyak jawapan yang saya terima..


Baru saya faham,
Awak sudah lama jauh hati dengan saya,

 Baru saya sedar,
Rupanya..
Selama ini  saya yang selalu tidak pedulikan awak!


Saya tak pernah hargai awak dalam hidup saya!



Awak!
Maafkan saya..

Kembalilah pada saya,


Andai awak kembali,
SAYA BERJANJI!
Saya akan sungguh-sungguh menyayangi awak,

 Itu janji saya,
Saya akan berusaha mengotakannya.




IMAN!
Kembali la dalam hati saya ..

 Saya perlukan awak!



Kerna awaklah sumber cinta saya pada-NYA..