Sing A Song

Monday, April 29, 2013

Menambat Rakit



Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak puntakdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..


~A. Samad Said (1985 )

Suram

Dalam suram lantera jalanan..
Dalam mendung nun di awanan..
Dalam longlai derap kaki bumi ditawan..
Dia menyusur ke lorong-lorong gelap..
Dingin malam yang mencengkam..
Kadang-kala menggoyah rentak irama pada sepasang sepatu miliknya..
Rawan hati yang tak henti bergelodak..
Membuatnya lemas..
Lemas dalam pelukan kabut berlepus..
Apalagi yang dicari?
Deduri di carang semalu mencuar?
Atau serpihan tirus di longgokan kaca lutsinar?
Dia mundur termangu...

Berhenti!
Curaikan apa yang di benakmu..
Fana' ini bukan daerahmu..
Jali yang di depan pandanganmu..
Tidakkah kau mengambil iktibar?
Ayuh sehek ku..
Sertai kugiranku..
Kita alunkan simfoni bersama memuji Ilahi..
Berpencak langkah beringinan menyembahkan hati yang kudus..
Pada Dia, Sang Pencipta...


-nadiazack-

Wednesday, April 24, 2013

The Heart of Frienship





The bond of friendship is everlasting
True friends never say good-bye
There is pure truth between us
That will never die
The miles between will be rough
So carry the memories with you
Because the power of friendship
Will always carry you through
Remember, never forget
To follow what's in your heart
Because true friends
Will never be apart
We will soon see each other again
Our Lord will keep us strong till then
My heart holds you deep as friend
Praying that the Lord brings you home again
The Lord will comfort my heart
Washing away the ache with the tears that I cry
So I will say see you soon
And never good-bye


~thepoet~

Deep In My Heart


Deep in my heart, 
This feeling’s all that I can’t figure out, 
Till that day came by, 
Wasn’t sure so I wonder why, 
I cannot hide, 
This feeling that I have inside, 
My heart can’t take it no more, 
Cause I really wanna let you know…


Deep in my heart, 
You’ll always be inside of my memory, 
Deep in my heart, 
I think of you /all the time/ till I can’t sleep at night, 
Deep in my heart, 
I think I’m gon/na tell you/ how I feel/ for you and how I love you, 
Deep in my heart….
I’m afraid. 



Deep in my heart, 
I know what I really want, 
The piece that makes me complete, 
I will not hide, 
What I feel inside, 
My heart tells me the reason why, 
And I really wanna let you know……



Deep in my heart, 
You’ll always be inside of my memory, 
Deep in my heart, 
I think of you /all the time/ till I can’t sleep at night, 
Deep in my heart, 
I think I’m gon/na tell you/ how I feel/ for you and how I love you, 
Deep in my heart….
I’m afraid. 



Give me your love, 
Show me the shape of your heart, 
So I won’t feel lonely at night, 
I’ll love you till the end of eternity, 
Because of you, 
I am whole. 

~the poet~

Wednesday, April 17, 2013

Perangai Macam SETAN!

Bismillahirrahmanirrahim...




"Korang ni memang tak berubah la! Perangai macam SETAN! Setan yang menyerupai manusia!"

Itu antara kata-kata yang terdengar jelas di telinga saya. Dan seperti biasa, saya terus berlalu jauh dari situ. Tidak mahu lagi terdengar kata-kata yang boleh mencemar halwa telinga.

Bagaimana seorang ayah boleh berkata begitu kepada anak-anaknya? Serta-merta perasaan kasihan memenuhi ruang hati saya.

Insiden ini bukanlah kali pertama saya mendengarnya. Disebabkan tingkap bilik yang betul-betul bertentangan dengan kawasan selalunya terjadi insiden itu, maka boleh dikatakan setiap kali berlaku pertelingkahan itu saya boleh mendengar dengan jelas akan butir bicara mereka. Dan pastinya, apa yang akan saya lakukan ialah cepat-cepat berlalu dari situ.

Saya kasihan dengan mereka, dalam masa yang sama rasa bersyukur kerana ujian itu bukan tertimpa atas saya.

Tetapi, yang pasti, perasaan kasihan dan rasa ingin membantu tetap ada, namun saya tidak mampu berbuat apa-apa, kerana itu urusan rumah tangga mereka.

Saya hanya mampu mendoakan, semoga Allah memberi kesedaran kepada ibu dan ayah itu agar mendidik anak-anak mereka dengan bertutur cara lembut pada anak-anak.

Sesungguhnya kata-kata yang keluar dari mulut ibu dan bapa itu merupakan doa yang makbul yang selalunya akan diangkat Allah.

Teringat satu lagu ini. Nostalgia saya bersama seorang teman akrab sewaktu saya di alam persekolahan dahulu. Kami sering menyanyikannya bersama-sama. Ketika bosan, di dalam kelas, dalam perjalanan ke dewan makan, sebelum tidur, atau di mana saja...


Wahai ayah dan ibu,
Dengarlah rintihan anakmu,
Pimpinlah diriku ini,
Di jalan penuh berduri,
Berilah ilmu,
Mengenal Tuhan,
Pencipta diri ini...
Selamatkan dari tipuan dunia,
Menuju alam yang abadi...

Ilmu akhirat wajib dipelajari,
Bekalan hidup bertemu Ilahi,
Ilmu duniawi boleh dicari,
Panduan hidup agar berbakti...

Ayah dan ibu...
Ini impianku,
Ingin menjadi anak yang soleh,
Menolong ayah,
Membantu ibu,
Terus berbakti di negeri abadi....










Tuesday, April 16, 2013

Cikgu Saya Non-Muslim

Bismillahirrahmanirrahim...




Sewaktu di tingkatan tiga, saya ada seorang guru non-Muslim yang mengajar Bahasa Inggeris. Kami memanggilnya Sir William. Bagi saya, beliau merupakan seorang guru India yang sangat bagus.

Walaupun beliau bukan beragama Islam, saya boleh mengkategorikan Sir William sebagai antara golongan manusia yang ikhlas dalam kehidupannya.

Beliau sanggup datang mengajar kami, anak-anak Muslim, di sekolah agama Islam, walaupun imbuhan yang diterimanya tidak seberapa berbanding sekiranya beliau mengajar di sekolah-sekolah luar yang lain, atau  di sekolah agama Hindu.

Sir William sangat suka bercerita. Setiap kali kelas kami bersamanya, beliau akan bercerita dengan penuh semangat membuatkan satu kelas akan hingar-bingar dengan suara kami ketawa.

Saya adalah antara pelajar yang paling semangat ketawa dengan kelucuan Sir, walaupun tidaklah begitu faham dengan cerita Bahasa Inggerisnya itu.

Dalam ramai- ramai rakan sekelas, ada segelintir rakan-rakan yang agak nakal sering mengajuk intonasi dan gaya Sir William. Selepas itu mereka akan ketawa sesama mereka. Saya perasan Sir kurang senang dengan kelakuan mereka, tetapi beliau tidak begitu mempedulikannya.

Saya sangat berdoa supaya Sir tidak tersinggung dengan perlakuan mereka itu, dan menganggap kami sebagai anak-anak muridnya yang masih keanakan yang sedang meningkat usia kematangan.

Beliau pernah membawakan pada kami satu makanan tradisi orang India yang dibuat sendiri oleh isterinya. Katanya, itu Coconut Candy. Bentuknya bulat, dan ada pelbagai warna. Hijau, kuning, dan merah.

Mulanya kami teragak-agak juga untuk makan, tetapi beliau meyakinkan kami bahawa ia seratus peratus halal, kerana beliau sudah pastikan alatan dan cara penyediaannya tiada unsur-unsur yang meragukan. 

Sedap! Tetapi saya segan untuk meminta lagi padanya. Beliau berjanji suatu hari nanti beliau akan membawakan kami Ladu pula, juga sejenis makanan tradisi kaum India yang berasaskan gula (mungkin). Tetapi janjinya itu tidak sempat dikotakan.

Suatu hari, Sir memberitahu pada kami bahawa minggu hadapan merupakan kelas terakhir kami bersama beliau, kerana beliau akan ke Australia atas beberapa urusan tertentu. Ada perasaan sedih di hati kami dengan pemergian Sir.

Sebagai hadiah perpisahan buat Sir William, kami mereka satu hiasan menggunakan paket-paket minuman Vico yang disusun dan dilekat menjadi sebuah bakul yang sederhana besar. Ia juga sebagai tanda permohonan maaf kami pada Sir William.


Seorang lagi guru non-Muslim yang saya kagumi. Beliau merupakan guru matapelajaran Sejarah saya sejak di tingkatan tiga hingga tingkatan lima.

Saya kira, jarang ada seseorang yang berbangsa Cina yang sanggup bersusah payah untuk selain dari kaum mereka sendiri. Berlainan sekali dengan Sir Neoh.

Sir Neoh sanggup berhenti dari mengajar di sekolah kerajaan, yang gajinya lebih lumayan, semata-mata kerana ingin mengajar kami, anak-anak Muslim. Beliau mengaku mengalami sedikit kesukaran dalam mendidik kami, tetapi katanya, itulah kebahagiaannya.

Beliau gembira mengajar kami, walaupun tahap kenakalan kami yang kadang kala sehingga di luar kawalan kesabarannya, tetapi itulah cabaran baginya.

Beliau juga sering meluahkan kerisauannya berkenaan prestasi subjek Sejarah kami yang merudum dengan teruknya. Majoriti kami gagal dalam subjek berkenaan pada peperiksaan-peperiksaan akhir kami yang hampir menjelang ke tarikh SPM.

Kadang-kadang saya melihat riak wajah Sir Neoh seperti hendak menangis bila menasihati kami supaya lebih bersungguh-sungguh dalam berusaha kerana peperiksaan SPM sudah semakin hampir. Namun, rata-rata kami hanya mengambil nasihat itu sekali lalu sahaja, tidak terkecuali juga saya, walaupun kadang kala ada rasa bersalah menyelubungi hati.

Bila hari keputusan SPM dikeluarkan, saya lihat wajah Sir Neoh tersenyum gembira, seolah-olah berpuas hati dengan keputusan yang kami perolehi. Mungkin tidak menyangka yang rata-rata kami mendapat keputusan yang baik dalam subjek Sejarah. Kata beliau,

"Kamu semua sengaja beri kejutan pada sayakah?" sambil tersenyum riang, menampakkan barisan giginya yang putih itu.

Kelas terakhir kami bersamanya sewaktu di tingkatan lima, beliau mengirim kad ucapan 'Selamat' sempena peperiksaan SPM kami.

Dalam banyak-banyak kata-kata nasihat yang diberikan di dalam kad ucapan tersebut, ada satu ayat yang sehingga kini masih lagi terkesan di jiwa saya.

Katanya, "Semoga menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa."

'Sir, in shaa Allah saya akan ingat nasihat Sir itu sampai saya mati'.


Lagi seorang guru non-Muslim saya, cikgu Reevathi, yang mengajar subjek Sains sewaktu saya di tingkatan lima. Mungkin disebabkan beliau merupakan guru perempuan, jadi kami agak rapat dengannya. Kami sering berkongsi cerita dan bertukar-tukar pemikiran.

Cikgu Reevathi selalu juga bercerita berkenaan agamanya, Budha, yang mengamalkan amalan begitu begini. Beliau juga sering bertanya berkenaan agama Islam kepada kami. Beliau kelihatan berminat dengan Islam.

Kami pernah bertanya kepadanya, mengapa beliau memilih untuk mengajar di sekolah kami. Katanya, kerana sekolah kami unik. Beliau sering merasakan ketenangan bila berada di sekolah itu.

Setiap pagi Sabtu, kami wajib menghadiri kelas Talaqqi di Musollah sekolah bersama Syeikh Sa'id, seorang syeikh Arab yang berasal dari Mekah. Jujurnya, saya sangat suka menghadiri kelas Talaqqi beliau. Mungkin kerana slang Arabnya yang pekat, dan Bahasa Melayunya yang agak pelat.

Cikgu Reevathi pernah meluahkan keinginannya pada kami, untuk bersama-sama berada dalam kelas itu, tetapi dia takut keberadaannya akan mengganggu kami, yang pada pemikirannya, ia merupakan majlis Ibadat kami, dan beliau harus menghormatinya. 

Saya berasa sedikit terkilan kerana luahannya itu adalah ketika kelas terakhirnya bersama kami, dan selepas itu kami tidak lagi bertemu dengannya. Dan semestinya terlepas peluang kami untuk megajaknya bersama-sama ke kelas tersebut. Namun, saya berharap beliau dapat merealisasikan keinginan beliau itu walaupun setelah ketiadaan kami.

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah buat ketiga-tiga guru saya ini. Amin ya Allah...

-nadiazack-

Sunday, April 14, 2013

Hati dan Akal Bicara CINTA

Bismillahirrahmanirrahim...



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..


Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, itu kan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang 
terbang ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.


Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. 


Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.


Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, 
sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang 
lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?


Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...



Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. 
Siang dan malam! Tegas hati..


Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? 
Apa kau hanya melipat gandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?


Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah? Sedangkan kau mengabaikan Dia 

ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak 
makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah 
ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. 

Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan 
hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, April 10, 2013

Dia yang Selalu Ada

Bimillahirrahmanirrahim...




Kadang-kadang bila akak cakap,
"kita okey.."
Kita tahu yang akak nak seseorang pandang akak dan berkata..
"kita tahu akak tak okey.."

Dan kita selalu nak cakap kat akak benda tu.. tapi tak terluah..
Sorry kita tahu kita bukan sahabat yang baik :'(


Itu antara kata-kata yang dihantarnya melalui khidmat pesanan ringkas di telefon bimbit saya, sebelum pelayarannya ke negara perantauan..

'Tak.. sebenarnya awaklah sahabat terbaik yang pernah saya ada.

Awak selalu ada bila saya memerlukan.
Awak selalu mengerti walau saya sedaya upaya cuba sembunyikan kesedihan.
Awak selalu buat saya kembali bersemangat mendaki puncak kehidupan, bila saya berada di lembah kepiluan dan kejatuhan.
Awak selalu ada untuk saya...'

Dia, sahabat terbaik saya...

Pagi yang suram...

Walau jauh di perantauan, dia seperti dapat menghidu gelora jiwa yang sedang membelenggu saya. Satu warkah kirimannya pagi itu kembali mengubat jiwa..

---------------------------------------------------------------------------



Untuk Kamu.

Bismillahirahmanirrahim.

Kali pertama bertemu,
Tidak menyangka persahabatan ini mampu bertahan
Melayari waktu demi waktu
 Hari demi hari
Detik demi detik 
Sehinggalah kesaat ini.

Mengenali kamu satu rahmat bagiku
Pendekatanmu ternyata berbeza 
Membawa aku ke alam penuh berbeza
Dunia yang tidak pernah ku sedar realiti kewujudannya
Dunia yang jelas begitu asing.

Dunia itu,
Tak mungkin dapat dirasa kemanisannya
Tak mungkin dapat dilihat keindahannya
Tak mungkin dapat didengar kemerduannya
Tak mungkin dapa dihidu harumannya
Melainkan terdapat jiwa didalamnya.

Kerana itu
Persahabatan ini terasa begitu bernilai
Hikmah pertemuan ini hati mengenal DIA
Dari hati yang kering 
Tandus dan kontang
Kosong tak terisi
Menjadi basah dan terisi
Membuat jiwa punya hadaf.


Jazakillahu khairan Jazak

Moga persahabatan ini 
Tak usang ditelan masa
Tak layu dimakan waktu
Dan
 Aku ingin menyayangimu
Mengatasi batas waktu dunia
Melewati kehidupan akhirat.

Citaku agar cinta ini 
Bisa dibawa sampai ke syurga.



#Sayang Kamu fillah.Sampai syurga.InsyaAllah.




Monday, April 8, 2013

Maluku pada-Mu

Bismillahirrahmaanirrahiim...


Saya mengenali seorang adik ini melalui seorang saudara kandungnya, yang saya kenal lebih dahulu darinya. Pada saya, dia sangat bagus. Saya kira, di zaman ini, seseorang yang bersekolah biasa, dari keluarga yang biasa-biasa, jarang ada yang mengambil pendekatan luar biasa untuk dekat dengan Dia. Saya kagum dengannya, dan saudara kandungnya.

Sebagai seorang yang pernah berada di sekolah bertaraf Sekolah Agama, saya jadi malu sendiri pada pendiriannya. Umurnya tahun ini (2013) baru mencecah usia 16 tahun, tetapi pemikirannya agak matang dalam hal-hal keagamaan. Dia yang sensitif, tetapi sentiasa bersikap terbuka, dan kadang kala melucukan. Dia yang penuh semangat, seorang atlet sekolah yang lincah, kadang kala terserlah juga sifat keanakkannya itu, buat saya tersenyum sendiri.

Hari itu, saya dibelenggu suatu perasaan yang sukar terluah. Ujian Allah yang mendatangi, terasa berat menghempap di pundak. Apakah kesudahannya baik?

Ya Allah, terasa lemahnya diri ini..

Adik itu, lalu mendatangi saya dengan kata nasihatnya, yang ingin saya tinggalkan di sini buat tatapan dan pendorong semangat..

"Kata Luqman Al-Hakim, 'Sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang dalam. Banyak manusia yang tenggelam di dalamnya. Jadikanlah taqwa sebagai bahteramu di dunia, muatannya ialah iman, dan layarnya berserah diri kepada Allah. Mudah-mudahan kita selamat."

Katanya lagi,

"Ketahuilah, bahawa anda bukanlah salah satunya orang yang mendapat musibah. Tiada seorang pun di dunia yang bebas daripada kesedihan dan luput daripada kesusahan."

Terakhir katanya,

"Jangan sesekali membaca buku-buku yang membawa prasangka buruk, putus asa, dan hilang harapan."

Allah, malunya kak Nadia padamu, dik. Ya Allah, lagi bertambah maluku pada-Mu. Mengapa terlalu mudah aku merasa putus asa atas ujian-Mu. Ampunkan daku, ya Allah. Bimbinglah hatiku pada cinta-Mu. Semoga tiada yang dapat menawan hatiku melainkan semuanya semata atas dasar kecintaanku pada-Mu...

-nadiazack-

Sunday, April 7, 2013

Percaya dengan Pasti!

Bismillahirrahmaanirrahiiim...



Sedih, hiba, sayu, pilu...
Apa semua ini?
Entahlah...
Yang pasti ia punca air mata yang mengalir lagi..
Untuk ke sekian kalinya...
Kerna asbab yang sama..

Berkali sudah kau berjanji..
Mengapa tidak dikota?
Meski janjimu pada diri sendiri
Pabila hatimu sering lagi terluka...
Kau lantas mengukir janji!
Azam pada dirimu!
Lagi?

Apa mungkin yang kali ini akan dikota?
Sanggup kau melihat dirimu terluka lagi?
Menangis sayu..
Menyesali keterlanjuran tindakan yang pasti kau tahu akibatnya...
Berkali-kali telah memakan dirimu...

Wahai diri..
Tenanglah...
Jangan lagi berharap pada suatu yang tidak pasti..
Kerna kau ada Dia!
Dia yang akan mengota janji-Nya dengan pasti!
Berdoalah pada-Nya...
Mengharaplah hanya pada-Nya...
Kau tidak mungkin lagi akan dilukai...
Percayalah....  
Percaya dengan pasti!

-nadiazack-

Kemuliaanmu Bukan Pada Hartamu

Bismillahirrahmaanirrahim...


Bahana Mengantuk


Hari yang sangat mengantuk! Tidak ada selera untuk teruskan kerja.

Saya ke meja bos, bertanya ada kerja yang boleh beliau berikan pada saya atau tidak. Kerja yang memerlukan kudrat. Berjalan, mendaki tangga di Jabatan AV, menghantar surat di Jabatan Majalah, mengirim pesan di kaunter tidak berbayar, atau apa sahaja.

"Tidak ada."

Buntu. Sambil mata yang makin melayu.

"Hah! Pergi beli pisang goreng atau keropok lekor di gerai bawah sana. Ini duitnya. Agak-agak cukup untuk satu Jabatan Buku. Ajak Along teman."

"Baik bos!"


Makanan di Bawah Meja


Selepas membeli pisang goreng, Along mengajak saya singgah sebentar di gerai menjual air jambu batu.

Saya sudah lama kagum dengan abang si penjual air. Tawadduk sekali orangnya.

"Abang, air jambu satu."

Dia hanya mengangguk.

Sambil menunggu, mata saya meliar ke segenap inci gerai kecil itu. Di balik kanvas yang sudah lusuh yang digunakan untuk mengalas meja dan menutup sehingga bahagian bawah meja gerai tersebut, saya terpandangkan sesuatu.

'Alangkah mulianya hatimu, wahai abang penjual air.'

Dari jalur-jalur kesan koyak pada kanvas, saya melihat ada satu pinggan polisterin yang berisi makanan kucing. Menginsafkan diri..

'Dalam kembaramu mencari rezeki, tidak sekali kau lupa memberi, kerna kau yakin janji Allah itu pasti! Siapa yang memberi, akan Dia tambahi.'

Saya semakin yakin pada kata-kata Ustaz Hasrizal. Erti hidup pada memberi.

'Semoga rezekimu bertambah wahai abang penjual air. Semoga kau temui kebahagiaan sebenar dalam hidupmu, yang bukan datang dari hasil kekayaanmu, tetapi kerana berkat rezekimu itu.'

-nadiazack-