Sing A Song

Sunday, April 7, 2013

Kemuliaanmu Bukan Pada Hartamu

Bismillahirrahmaanirrahim...


Bahana Mengantuk


Hari yang sangat mengantuk! Tidak ada selera untuk teruskan kerja.

Saya ke meja bos, bertanya ada kerja yang boleh beliau berikan pada saya atau tidak. Kerja yang memerlukan kudrat. Berjalan, mendaki tangga di Jabatan AV, menghantar surat di Jabatan Majalah, mengirim pesan di kaunter tidak berbayar, atau apa sahaja.

"Tidak ada."

Buntu. Sambil mata yang makin melayu.

"Hah! Pergi beli pisang goreng atau keropok lekor di gerai bawah sana. Ini duitnya. Agak-agak cukup untuk satu Jabatan Buku. Ajak Along teman."

"Baik bos!"


Makanan di Bawah Meja


Selepas membeli pisang goreng, Along mengajak saya singgah sebentar di gerai menjual air jambu batu.

Saya sudah lama kagum dengan abang si penjual air. Tawadduk sekali orangnya.

"Abang, air jambu satu."

Dia hanya mengangguk.

Sambil menunggu, mata saya meliar ke segenap inci gerai kecil itu. Di balik kanvas yang sudah lusuh yang digunakan untuk mengalas meja dan menutup sehingga bahagian bawah meja gerai tersebut, saya terpandangkan sesuatu.

'Alangkah mulianya hatimu, wahai abang penjual air.'

Dari jalur-jalur kesan koyak pada kanvas, saya melihat ada satu pinggan polisterin yang berisi makanan kucing. Menginsafkan diri..

'Dalam kembaramu mencari rezeki, tidak sekali kau lupa memberi, kerna kau yakin janji Allah itu pasti! Siapa yang memberi, akan Dia tambahi.'

Saya semakin yakin pada kata-kata Ustaz Hasrizal. Erti hidup pada memberi.

'Semoga rezekimu bertambah wahai abang penjual air. Semoga kau temui kebahagiaan sebenar dalam hidupmu, yang bukan datang dari hasil kekayaanmu, tetapi kerana berkat rezekimu itu.'

-nadiazack-

No comments:

Post a Comment